Tuesday 23 August 2011

Memburu Lailatul Qadr

Tibanya sepuluh malam terakhir..

Refleksi diri yang lemah

Bulan Barakah ini hampir ke penghujungnya

Adakah amalan-amalanku diterima Allah

Jiwa kental itu hampir saja kendur di lewat Ramadhan..

Kosong tiada terisi..

Pohon amalanku hanya ada daun-daun kering yang rapuh

Lalu daun rapuh itu hilang ditiup angin..sia-sia

Dek kerana asyik melayari bahtera lagha, mungkar dan ma'siat..

Lupa pada Pencipta..

Cintakan dunia.


Lailatul Qadr..

Ya..ini peluang terakhirku

Maksimakan amal ibadah

Menahan diri dari menurut nafsu..

Pertemukanlah aku dengan malam itu..

Malam di mana para Malaikat turun ke Bumi..

Wahai Malaikat singgah serta bertamulah di hatiku

Bersihkan jiwa ini dari hasad dengki, cinta dunia, riya', dendam, penakut, bakhil serta ujub

Ya Rabbal a'lamin, ampunilah dosa-dosaku..terimalah amalanku, kasihanilah hambaMu ini..

Allah..pilihlah hambaMu ini sebagai tetamu RamadhanMu..



Monday 8 August 2011

Hadith for Ramadhan

The Prophet (peace be upon him) said: "Whoever fasts during Ramadan out of sincere faith and hoping to attain Allah's rewards, then all his past sins will be forgiven." (Bukhari)


The Messenger of Allah (sallallaahu ’alayhi wa sallam) said, , "When the month of Ramadan starts, the gates of the heaven are opened and the gates of Hell are closed and the devils are chained." (Bukhari)


The Prophet (peace be upon him) said: "Everything has a cleansing agent and fasting is the cleansing agent for the body. Fasting is more a matter of patience than of anything else." (Ibn Majah)


‎"Oh you who believe! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, that you many learn piety and rightousness" (Quran, Baqarah, 2:183)



Friday 5 August 2011

Ramadhan kembali lagi..

Alhamdulillah..selepas maghrib tadi, dah masuk 5 Ramadhan pun..esok mahu sahur ape pula? set alarm clock di handphone, 4.30pg? 5pg? Qiyam sekali..so,kena lah tido awal (sekarang dah jam 12.00am). Erm, sudah berpuasa empat hari. Ustaz pernah kata bila berpuasa ni, bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga saje..kite pun kena menjaga tutur kata, hawa nafsu dan juga hal-hal lain yang boleh menjejaskan pahala ibadah kita di bulan Ramadhan ini. Bulan nilah nak berlumba-lumba buat amal ibadah sebab Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda. Macam skim cepat kayalah, bulan Ramadhan ni seolah-olah fast-track untuk kita menyucikan diri dari karat-karat dosa dan penuhkan catatan amal di bahu kanan kita sampai keletihan malaikat raqib nak menulis. (*hyperbola semata-mata..sifat manusia xsama dengan sifat malaikat ok).

Sekitar hari 1st, berjemaah tarawikh di masjid al-Malik Khalid USM..Allah Maha Kuasa, penuh juga masjid. Bahagian muslimat sahaja full samapi saff yang terakhir, saf muslimin tidak kurangnya juga. terkenang tarawikh last Ramadhan. Beginilah hari 1st of Ramadhan. Masing-masing pasang azam baru nak perbaiki diri. Tapi berupaya untuk istiqamah hingga akhir Ramadhan ke?? bergantung pada diri masing-masing.. Boleh saje nak solat di mana-mana, asalkan ikhlas kerana Allah dan seboleh2nya biarlah berjemaah. Berbuka di masjid..aku dan mas sampai awal. Niat memang nak tengok2 mcmana keadaannya di dapur pusat Islam ade ke tidak makanan untuk iftar? Alhamdulillah, memang rezeki kami, jumpa pula dgn kak mumtaz. "Hah ni adik-adik mai..student sini ka?" -Kak mumtaz "Ha'ah sini, ade kursus kak mumtaz, datang awal ni takot2 kalo ade ape2 nak kami tolong..-saya. Kesian kak mumtaz sorang2 ngn anak die kut duk ulang-alik2 kat dapur, yang lain sume muslimin.. Kami keluarkan pinggan-pinggan dari setor dapur dan cuci bersih. Disebabkan dah terbiasa setiap Ramadhan buat keja volunteer kat dapur ni, aku rasa seronok pula. Mana tidak nya, berpuasa lagi di USM tahun ni..tak pernah pula aku terfikir sebelum ni nak buat keja-keja volunteer ni lagi. Maybe jodohku dengan USM masih kuat. Cekgu Haji Nordin merangkap cegu kimiaku dulu antara yang tegar memasak tiap2 Ramadhan for juadah buka puasa. Selesai membasuh, buat air. Then terus ke meja edar makanan kepada student2 n staff yang datang, tolong senduk lauk and nasi. "Kalo tak cukup bagitau na!" Sambil menyenduk nasi, ramai juga sahabat2 yang menegur..bertukar-tukar senyuman dan sengihan..huhu

Sekitar hari kedua, kak hani call ajak p masjid negeri berbuka kat sana. Sepanjang aku belajar di USM Penang ni..tak pernah sekali pun aku berpeluang berkunjung ke sana. Syukur, berpeluang kali ini..ada hikmahnya aku masih di sini this Ramadhan. 1st time masuk, teruja (@_@)!! aircond die best, sejuk..karang solat xdaklah berpeluh teruk sangat..kurang selesa,xkusyuk pula. Alhamdulillah selesa, macam 5 star hotel pula (*hyperbola sekali lagi..actually lebih dari tu cuz ini rumah Allah!) kalo boleh bagi bintang, aku bagi BULAN!..terbaik. Masjid negerinye Chandelier, besaq tuh..entah berapa harga dia..sapalah yang infaq duit tuk masjid ni..Ya Allah banyaknya pahala, berterusan pula tuh income pahala dia. So, if datang masjid then nampak tabung, jangan buat2 tak nampak..sedekah lah sedikit. Sedekah yang sedikit tu kalo diberi dengan penuh keikhlasan, insyaAllah pulangan yang kita bakal peroleh di hadapan Allah esok sangatlah besar..

Sekitar hari ketiga, sahur gulai ayam dgn sayur goreng kat masjid negeri. Bangun kul 4pg, p mandi dan siap-siap tunggu kak hani kat bus stop bakti. Dalam 15minit juga tunggu akak kat bus stop, dengan tudung labuh aku ini bimbang juga ada orang yang terkejut tengok aku sorang2 tercongok kat bus stop situ sorang2..nak kate tunggu bus, bus ape kul 4.30pagi kan? naseb tak pakai telekung..entah apelah yang jadi..ahah. sambil menunggu, aku buka tafsir di tangan dan mula mentadabbur. Perjalanan ke masjid negeri dalam 15minit. Sesampai di sana, aku dirikan solat sunat dengan akak dan sahur. Kami solat subuh b'jemaah kat sane. Buka posa di masjid USM, terlewat sampai..tak sempat nak bantu2 senduk nasi dan lauk, so datang makan ja. Solat tarawikh kat masjid, alhamdulillah ku perhatikan makin ramai jemaah yang datang..baguslah..Selesai tarawikh, bertadarus pula di masjid.

Sekitar hari ke-4, sahur roti + salad + tomato + tuna and air coklat..erm, diet seimbang lah boleh dikatakan. Tiap-tiap kali sahur, aku dan rumet saling kejut-mengejut sampai salah seorang ambil jug and keluar p ambik air..barulah bangun betul2. Kalo terlepas sahur, takot lapar pula siang hari..nak taknak kena push diri untuk bangun. Sebagai seorang dai'e, perlu ada stamina, kekuatan..oleh itu perlu jaga makan dan kesihatan. Petang ikut kak hani p bukit mertajam, plan yang dirancang terpaksa cancel at d very last minute dan waktu berbuka dah hampir..kami masih d seberang, bridge sangat sesak sebab ramai orang balik pulang dari keja. Then, kami p rumah family kak hani di BM dan solat maghrib, isyak seterusnya tarawikh. Before balik, kami sempat dengar tazkirah ringkas dari ustaz. "Tak kira ibadah apa pun kita buat..banyak ka sedikat ka...pastikan kita lakukan sepenuh hati..supaya usaha kita diterima Allah dan tak jadi sia-sia." Sampai penang dalam kul11.30pm..alhamdulillah selamat sampai.

Ok, sekarang mahu beradu..idea melimpah2 pula malam2 ni nak menulis..1jam menulis (kul1pg sudaa..)..Selamat malam..ya Allah bangkitkanlah aku dari tidurku esok pagi dalam keadaan aku beriman kepadaMU dan andainya Kau menjemputku pulang ke sisiMU esok pagi, jemputlah aku pulang dalam keadaanku beriman Ya Allah. amin ya Rabbal a'lamin.