Saturday, 11 June 2011

Sabda Rasulullah SAW, "Sungguh, menakjubkan perkara orang mukmin. Perkaranya semua baik dan itu tidak ada pada seorang pun selain orang mukmin. Jika ia mendapatkan kegembiraan ia bersyukur dan itu baik baginya. Dan jika ia ditimpa kesusahan ia bersabar, itupun baik baginya." (HR. Muslim)


Alhamdulillah..dengan izinMu, aku masih berupaya hidup di dunia untuk berbakti kepada kedua ibu bapaku. Aku seorang yang berperwatakan ceria, bersyukur atas kelebihanku ini, aku seringkali berjaya membuat insan di sekelilingku tertawa. Meskipun begitu aku sering menyembunyikan segala masalahku serta sering merasa rendah diri dan bersikap menjauhkan diri. Setelah aku lebih mengenali Tuhan, aku berjaya hapuskan segala bayangan negatif yang menghantui diri ini. Aku dapati segala dugaanku ini terlalu kecil untuk aku ratapi dan tangisi, oleh itu aku sendiri memujuk diri supaya jangan sekali rebah di pertengahan jalan kerana Aku punya Tuhan yang memberi aku kekuatan hati dan fizikal untuk berdiri dan memimpin diriku untuk terus berjalan meniti perjalanan hidup ini yang ku kira takkan pernah bebas dari cubaan dan dugaan yang menyakitkan..

Aku percaya jika bukan rezekiku pada hari ini, aku masih punya peluang pada masa hadapan. Gagal sekali bukan bermakna langkahku akan terhenti. Demi ayah dan mak..adik dan kawan-kawan yang sentiasa di sisi, aku akan berusaha memperbaiki diri dan membuktikan bahawasanya aku mampu menjadi orang yang berguna, berjaya di dunia juga di akhirat. Aku akan pastikan semangatku terus-terusan membakar dan menyala supaya aku akan terus berusaha mencapai kejayaan. 


Ya Allah tenteramkanlah hatiku dan tingkatkanlah rasa cintaku padaMu..
Allah berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah dengan mengingati Allah. Ingatlah (bahawa) dengan mengingati Allah itu, tenteramlah segala hati. (Surah al-Ra'd ayat 28).

Aku hamba yang lemah, saat aku senang aku akan lupakan Engkau Ya Allah..maka Engkau dugai aku dengan pelbagai ujian kerana dengan cara itu aku akan kembali mengingatiMu semula..Ya Allah tetapkanlah keimananku, tingkatkan ketaqwaanku supaya aku menjadi mukmin yang sempurna, jadikan aku insan yang berbakti kepada kedua ibu bapa, sahabat-sahabat serta umat Islam keseluruhannya.Yakinlah bahawa kita masih ada harapan untuk maju ke hadapan. Dengan izin yang Maha Esa, syaratnya kita perlulah selalu bersyukur. :)




No comments:

Post a Comment