Ditawarkan untuk menjalani praktikal di sebuah syarikat audit sesudah konvo sejak akhir september lepas, aku kini sibuk menimba pengalaman bekerja sehingga kini.
Mungkin ramai yang musykil, bagaimana pelajar yang bergelar mahasiswi sains tulen, major mikrobiologi kini praktikal di syarikat audit..hmm, itulah rezeki yang Allah nak beri.Alhamdulillah..
Setiap ketentuan Allah swt itu pasti ada kebaikannya dan aku menerimanya dengan hati terbuka.
Moga Alah swt perluaskan lagi jalanku dalam menemukan kareer tetapku di samping memastikan ciri-ciri Islam senantiasa lestari di jiwa ini.
Berada di bahagian perundingan (consultant), department kami telah di lantik oleh pihak KPM untuk jalankan kerja-kerja audit di sekolah-sekolah seluruh negara.
Perjalananku pun bermula..dari sekolah-sekolah sekitar KL dan Selangor..seterusnya ke Pahang.
Dua minggu di Pahang..bergerak dari sekolah ke sekolah, aku berpeluang bertemu anak-anak berusia lingkungan 7 ke 8 tahun..
Aku melakukan kerjaku sambil terhibur dengan gelagat anak-anak ini..kadang-kala jiwa wanitaku tersentuh melihat wajah 'innocent' mereka..moga mereka membesar menjadi insan yang berguna disisi agama serta berjaya dalam urusan duniawi.
Anak-anak ini kelihatan cergas dan ceria bergurau senda sesama rakan sebaya mereka.
Namun begitu, disebalik wajah ceria itu sebenarnya tersembunyi pelbagai kemelut kehidupan.
Hasil temubual bersama-sama para pendidik di sekolah-sekolah tersebut, aku dapati sebahagian pelajar-pelajar ini..walaupun masih muda, terpaksa melalui kehidupan yang pahit.
Pelajar-pelajar dikategorikan sebagai bermasalah kebanyakannya disebabkan masalah keruntuhan rumah tangga, ditinggalkan ibu, ditinggalkan bapa, tinggal bersama nenek, yatim piatu, dihimpit kemiskinan, tiada sijil kelahiran yang sah, anak luar nikah, ibu bekerja sebagai pelacur, bapa di penjara dan bermacam-macam lagi.
Bagaimana pelajar-pelajar ini menjalani kehidupan yang bakal mendatang, mampukah mereka membesar dengan baik ataupun dengan rasa rendah diri lalu mengulangi kesilapan ibu bapa mereka.
Masalah moraliti dan sosial dalam masyarakat kita kini semakin menjadi-jadi, hasilnya lihatlah generasi kita zaman ini.
Berzina, mengandung, lalu setelah lahir bayi tidak berdosa itu..dikelar sehingga mati.
Nauzubillahu min zalik..bangkitlah pemuda Islam! Hapuskan perkara mungkar di Bumi Allah ini sehingga tiada lagi fitnah.
Sebagai kesimpulan, bagiku jika ingin melahirkan masyarakat yang baik perlulah bermula dari ibu bapanya. Jika baik didikan dari ibu bapanya, maka denagn izin Allah swt anak-anak akan membesar dengan baik. Wallahualam.
Ya Allah, peliharalah kami hamba-hambaMu dari melakukan perkara-perkara yang Engkau murkai..lindungilah kami dari fitnah dunia serta fitnah akhirat. Selamatkanlah kami dari azab api nerakaMu..tempatkanlah kami di kalangan hamba-hambaMu yang soleh.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Ayat-ayat Al-Quran yang boleh di amalkan untuk memperoleh zuriat keturunan serta pasangan yang baik:
- “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)
- “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)
- “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”(Surah Ali’ Imran: 38 )
Destinasiku selepas ini, negeri Tanjung Puteri..Johor Darul Takzim. Doakan perjalananku sahabat.
Pengalaman yang menarik..
ReplyDeleteem..bila dengar cerita berkenaan anak-anak yang bermasalah keluarga ni sedih juga.. skrang ni memang byk.. penting kepada semua pihak yang terdekat terutamanya guru2 membawa agama dalam kehidupan especially kepada anak2 murid..
semoga Allah swt mudahkan perjalanan..
din!! blog hg unik! =)
ReplyDeleterindu hg gak! take care n ingat allah selalu :)