Perjalananku meniti cinta illahi...doakn aku sahabat, supaya aku terus istiqamah pada jalan yang Allah swt redhai.
Thursday, 25 April 2013
(POLITIK) Kanak-kanak pun tahu~
Bahang PRU-13 kian terasa...
Saluran TV yang nyata bias dipenuhi dengan bahan-bahan kempen pihak **.
Budak-budak kecil pun dah 'tahu' nak undi siapa walaupun belum cukup umur~
Minggu ini, tiap kali tusyen waktu malam..anak-anak murid akan bertanya siapakah yang saya akan undi di pilihanraya kali ini? Anak-anak murid yang bertanya pula rata-rata baru darjah 2 sehinggalah darjah 6.
Dilema saya, nak jawab ke tidak..salah ke jika saya beritahu?
Lalu saya hanya jawab: "Kamu belum cukup umur lagi untuk cikgu beritahu.."
Emm..boleh tahan cakna isu semasa mereka ini. Yang bersekolah menengah tidak pula sebut tentang PRU. ke3 ;)
Seorang sahabat saya merupakan seorang guru berbicara tentang etika di sekolah, menurutnya tidak sesuai untuk bercakap tentang pilihanraya dengan anak murid di sekolah. Mengapa ye tidak boleh beritahu? Mungkin adanya etika seperti ini, kerana wujud tanggapan bahawa pilihanraya ini boleh memberi pengaruh negatif buat anak-anak. Dengan kata lain 'politik kotor'..sebagaimana politik dilabel oleh sesetengah pihak. Bagi saya sebaliknya, sudah tentu tidak..politik itu baik jika dilaksanakan dengan adil dan bebas dari fitnah.
Bagi saya, siapa kita undi itu mungkin tak perlu beritahu tetapi tidaklah sampai tidak sentuh langsung berkenaan politik. Mungkin boleh jadi satu bentuk pendidikan pada anak-anak. Kita perlu didik mereka sejak kecil lagi supaya sebagai rakyat kita harus memilih pemimpin yang paling baik dan adil. Dengan hal ini, mereka bertambah matang dalam aspek politik, tidak terikut-ikut seperti sesetengah individu. Terdapat juga muda-mudi yang sudah mencapai umur layak mengundi enggan mendaftar sebagai pemilih di pilihanraya kali ini. Mungkin kerana kurang pendedahan. Wallahu'alam..kanak-kanak pun tahu~ Alahai anak muda apa yang engkau lakukan pada masa mudamu~
Just a humble opinion :) Think positive.
*Pilihan di tangan anda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment