Tuesday 23 July 2013

Bestnya apam tepung beras :) Nyum..Nyum..

Assalamualaikum wbt.
Entri hari ini ialah macam mana nak buat apam tepung beras, saya dah cuba buat dan ia sangat senang.

Bahan-bahan :
2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
2 cawan gula pasir
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis

Cara membuat :
Kisar nasi bersama air.
Kemudian tambahkan gula dan kisar lagi.
Biarkan bahan kisar seketika.

Gaulkan tepung beras, tepung gandum dan yis dalam sebuah bekas.
Setelah sebati, tuangkan bahan-bahan yang dikisar tadi.
Gaul sebati semua bahan.
Biarkan selama 3 jam sehingga kembang dan berbuih.

Tuang ke dalam acuan.
Kukus selama 15 minit.

Sempena Ramadhan ni, eloklah buat lebih untuk moreh di surau. Bersedekah lebih baik dari menerima. hee :)
Sambil masak tu jangan lupa berselawat dan berzikir tau. Ingatan buat diri sendiri juga. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita di bulan barakah ini. Insha'Allah Selamat mencuba!

Nilah keja kami lepas pulang dari solat terawih. Apam sebelum kukus..letak corak-corak sikit :) hee

No comments:

Post a Comment