Thursday, 25 April 2013

(POLITIK) Kanak-kanak pun tahu~



Bahang PRU-13 kian terasa...
Saluran TV yang nyata bias dipenuhi dengan bahan-bahan kempen pihak **.
Budak-budak kecil pun dah 'tahu' nak undi siapa walaupun belum cukup umur~

Minggu ini, tiap kali tusyen waktu malam..anak-anak murid akan bertanya siapakah yang saya akan undi di pilihanraya kali ini? Anak-anak murid yang bertanya pula rata-rata baru darjah 2 sehinggalah darjah 6.
Dilema saya, nak jawab ke tidak..salah ke jika saya beritahu?
Lalu saya hanya jawab: "Kamu belum cukup umur lagi untuk cikgu beritahu.."
Emm..boleh tahan cakna isu semasa mereka ini. Yang bersekolah menengah tidak pula sebut tentang PRU. ke3 ;)

Seorang sahabat saya merupakan seorang guru berbicara tentang etika di sekolah, menurutnya tidak sesuai untuk bercakap tentang pilihanraya dengan anak murid di sekolah. Mengapa ye tidak boleh beritahu? Mungkin adanya etika seperti ini, kerana wujud tanggapan bahawa pilihanraya ini boleh memberi pengaruh negatif buat anak-anak. Dengan kata lain 'politik kotor'..sebagaimana politik dilabel oleh sesetengah pihak. Bagi saya sebaliknya, sudah tentu tidak..politik itu baik jika dilaksanakan dengan adil dan bebas dari fitnah.

Bagi saya, siapa kita undi itu mungkin tak perlu beritahu tetapi tidaklah sampai tidak sentuh langsung berkenaan politik. Mungkin boleh jadi satu bentuk pendidikan pada anak-anak. Kita perlu didik mereka sejak kecil lagi supaya sebagai rakyat kita harus memilih pemimpin yang paling baik dan adil. Dengan hal ini, mereka bertambah matang dalam aspek politik, tidak terikut-ikut seperti sesetengah individu. Terdapat juga muda-mudi yang sudah mencapai umur layak mengundi enggan mendaftar sebagai pemilih di pilihanraya kali ini. Mungkin kerana kurang pendedahan. Wallahu'alam..kanak-kanak pun tahu~ Alahai anak muda apa yang engkau lakukan pada masa mudamu~

Just a humble opinion :) Think positive.


*Pilihan di tangan anda

Wednesday, 24 April 2013

Dengan izin Allah..kemenangan yang kian hampir.

Duhai pejuang Agama Allah,
Teguhlah kalian di lapangan tarbiyah,  
Keringat dan air matamu nan kekeringan,
Kerana agama rela berkorban,
Yakinlah pejuangku,
Ganjaran Allah menantimu di sana,
Perjuangan ini tanpa kenal putus asa,
Mantapkan imanmu pejuang agama,
Hidupkan medan juangmu dengan sabar dan taqwa.

Duhai pejuang Agama Allah,
Perjuangan ini bukan mudah,
Sentiasa diiringi jerih dan payah,
Demi agama suci tidakkan mengalah.
Duhai pejuangku,
Kerana yakin Allah ada disisi,
Minda rancak mengatur strategi,
Tangan teruskan mengibar panji,
Kaki teruskan maju berlari,
Yakinlah, janji Allah sebagai bukti,
Kemenangan Islam menanti PASTI.

Yakinlah pejuangku,
Allah pasti membantumu,
Tidakkan patah semangat dilentur,
Pantang undur di medan tempur.


Semoga pihak yang benar beroleh kemenangan..
'Akan tertegaklah haq setelah tumbangnya kebatilan' 
Insha'Allah.. Ini Kalilah!



Friday, 12 April 2013

Zalim

Ringkasan dari bahan bacaan saya Majalah Solusi isu 53, artikel bertajuk " Punca Zalim Terhadap Diri Sendiri " oleh Ustaz Pahrol Mohammad Juoi.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah, maka itulah orang yang zalim." (Surah al-Ma'idah: 45)
- orang lebih suka menuding jari pada yang lain tetapi tidak pada diri sendiri.
(sama seperti apa yang aku sedang fikirkan, pihak yang tidak menghukum dengan hukum Allah?? aku juga dengan mudah menuding jari..pihak mana lagi kalau bukan **** yang enggan beramal dengan hukum Allah. tapi itu hal lain~)
- dalam artikel ini, ustaz menasihatkan kita supaya lihat pada diri sendiri dahulu. So, mari muhasabah diri.

Definisi Zalim:
Istilah Arab - bermakna gelap. Rasulullah saw bersabda bermaksud, "Takutlah kalian kepada kezaliman kerana ia adalah kegelapan pada hari kiamat."
Istilah Al-Quran - perbuatan melanggar hak orang lain.
Perbualan biasa - gambaran sifat kejam dan tidak berperikemanusiaan
Antonim - lawan kepada sifat adil. Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Kategori Zalim ada tiga kategori:
1. Zalim kepada Allah swt - zalim paling memudaratkan. Hentikan kezaliman terhadap Allah terlebih dahulu barulah kezaliman terhadap perkara yang lain dapat dihentikan.
2. Melakukan kezaliman terhadap makhluk Allah swt - manusia, haiwan dan alam.
3. Menzalimi diri sendiri - pada aku, zalim jenis ini paling common berlaku. manusia itu lemah dan mudah terdorong oleh nafsu. Astaghfirullah al'azim.

Punca Zalim:
1. Keturunan - Iblis (takbur kerana merasa dirinya lebih baik kerana dijadikan dari api - kisah nabi Adam)
2. Kekuasaan - Firaun (penguasa yang zalim, rakyat yang tertindas tidak berani untuk menegur)
3. Kekayaan - Qarun (menahan diri dari bersedekah dan membelanjakan hartanya ke jalan Allah)

Penawar punca kezaliman:
- Taat kepada Allah (semua manusia sama di sisi Allah, yang membezakannya adalah iman, ilmu dan akhlak)
- Kuasa hanya milik Allah (kuasa bukan anugerah tetapi amanah, kekuasaan hanya sementara)
- Tiada apa milik kita ("ubat" kepada sifat zalim kerana harta: mengakui segala yang berlaku adalah kehendak Allah dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Harta dunia hanya pinjaman)

....Sedikit tambahan memandangkan PRU ke-13 semakin hampir kini.

5 Mei 2013 nanti insha'Allah dipanjangkan umur kita turun mengundi beramai-ramai ye.
Undi jangan tak undi [X] !! Pastikan kita sudah lakukan semakan pusat mengundi di website SPR supaya tak ter'sesat' di hari mengundi nanti.
Pilihlah pihak kepimpinan yang tidak 'zalim' (zalim ini merangkumi kesemua perkara yang tersebut di atas).
Bagi aku, memilih pemimpin haruslah yang paling layak (paling penting yang beragama dan beramal dengannya) kerana jika kita salah memilih mungkin kita bakal membiarkan kezaliman berlaku.
Kronism mungkin makin berleluasa, yang kaya semakin kaya..yang miskin semakin miskin.
Penerima rasuah semakin ramai meringkuk di penjara, pemberi rasuah pula terus-terusan memberi rasuah dan menganiaya orang lain kerana punya 'kuasa'.
Oleh itu, undilah demi kebaikan Islam dan kaum sejagat. Insha'Allah. Ini Kalilah!
Wassalamualaikum wbt.
Semestinya, hijau di hati =) 

Wednesday, 20 March 2013

Orang jauh bertandang ke rumah..

Assalamualaikum wbt,
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad.
Apa khabar Iman kita hari ini?

Hari ini sebelum ke makmal, sempat menyibukkan diri memasak di dapur bujang rumah sewa.
Maklumlah, orang jauh nak 'mai'. Teruja nak menyambut kedatangan kakak seniorku seorang ini.
Lauk istimewa yang aku cuba masak ialah 'Ayam Masak Lemak Cili Api'. Kata orang negeri sembilan 'Masak Lomak Cili Api'. Hah itu makannya. Hari ini saya ingin berkongsi resepi sedikit, kalau ada nak cuba silakan. Tak berani cuba pun tak mengapa. Hahah.. Maklumlah, aku pun bukannya reti memasak sangat.

Berikut adalah resepi 'ayam masak lemak cili api' ikut instinct :

Bahan-bahan
5-6 ketul ayam yang sudah dibersihkan
1 biji kentang (bersaiz besar)
1 lobak (ambik yang panjang sikit)
1 biji tomato (ikut suka)
1 batang serai (dititik)
sedikit halia (untuk hilangkan bau ayam)
1 kotak santan (saya guna ayam brand bersaiz kecil)
1 sudu serbuk kunyit (bagi warna kuning)
1 keping asam keping (kalau suka masam boleh letak, lupa nak letak tadi..aduhai)

Bahan tumisan
(tumbuk semua sebelum tumis)
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 biji cili api (banyak lagi kalau nak lagi pedas)
2 cm belacan

Cara-cara masak
Bubuh sedikit minyak dan tumis semua bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi. (kalau periuk cepat panas, pasang api perlahan je)
Kacau sikit bagi rata dengan minyak sampai naik bau, masukkan sedikit air dengan serbuk kunyit dan kacau lagi.
Kemudian, masukkan ayam, kentang, lobak, halia dan serai. (ikut suka, nak letak sebelum letak air pun tak mengapa)
Kuatkan api sedikit, tambahkan air lagi. (ikut suka kalau suka banyak kuah, pandai-pandailah alter ok)
Biar seketika sampai mendidih dan kentang serta lobak menjadi lembut.
Perlahankan sedikit api, masukkan santan dan kacau perlahan-lahan sampai pekat kuah lemak tu. (aku agak-agak je yang ni)
Terakhir sekali, masukkan tomato yang telah dipotong dan kacau seketika sebelum tutup api.
Siap dihidang. (^^,)

Makanan sudah ready, then aku pun sediakan air barli sebelum keluar rumah pagi tadi, harap-harap tetamuku gembira dan kekenyangan bila datang ke rumah nanti. Insha'Allah. Islam menganjurkan kita memuliakan dan melayani tetamu dengan baik.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari).

Main masak-masak ini, mengingatkan aku pada satu program masakan bersama Chef Amar di TV Al-Hijrah. Beliau sumber inspirasi aku tiap kali nak memasak, beliau sentiasa berselawat, zikrullah serta membaca ayat-ayat suci al-Quran semasa menyediakan makanan. Hal yang baik ini, wajar di jadikan contoh. Semoga makanan yang kita sediakan atau makanan yang kita makan sentiasa diberkati oleh Allah subhannahuwata'ala.












Monday, 18 March 2013

Hidup dan pengajaran di sebaliknya.

Assalamualaikum..blog ini sudahku kira usang, jika ianya rumah sudah tentu dimakan anai-anai dan diselubungi sawang-sawang. Lama sudah tak menulis di sini.

Rakan-rakanku yang dahulunya aktif meng'update' blog, kini tidak lagi.. lelah disibukkan dengan pekerjaan, keluarga dan macam-macam lagi dugaan Allah di dunia. Allahu Allah..

Dan aku.. masih lagi di sini, tiada banyak yang berubah melainkan kadar selera yang sedikit bertambah dari dahulu. Semakin meningkat usia semakin berisi pula tubuh badan anugerah Allah ini. Alhamdulillah. Banyak kali ingatkan pada diri supaya turunlah bersenam, diet..diet..diet.. Hurm..semuanya tidak juga ku lakukan.

Sedikit update pengalaman diri sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini.

Aku di rompak!!
Rompak kah? Entahlah..lcd projector yang di amanahkan padaku, aku tinggalkan di dalam kereta kancil milik rakan ku. Kami membeli-belah sedikit di pasar malam, lebih kurang setengah jam kami kembali ke kereta. Lcd sudah tiada, pintu kereta telah diumpil. Allahuakbar.. aku dan rakan-rakanku seperti tidak percaya, puas di selongkar kereta kancil itu namun tidak berjumpa. Aku sendiri tidak sempat untuk lihat rupa lcd itu, sudah pun dicuri. Berharga RM1000 ++.. Beberapa hari kakak-kakak serumah cuba memulangkan lcd projector pada yang empunya, namun Allah tak izinkan. Pada hari mereka meminta aku untuk menghantarnya ia hilang dicuri. Mungkin Allah ada rancanganNya sendiri. Aku yang cuai. Allah.. Mungkin ini pengajaran bagi diriku dan rakan-rakan. Wahai pencuri, ingatlah Allah nampak apa yang anda lakukan. Mujur empunya lcd memahami, kami diberi diberi kelonggaran untuk membayar semula lcd tersebut. Moga Allah permudahkan dan bantu kami. Insha'Allah.

Doa jika ditimpa musibah:

'Innalillahiwainnailaihirajiun, Allahumma ajurni fi musibati, wa akhlifli khairan minha'

Maksudnya:
"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali. Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dalam musibahku dan gantilah untukku lebih baik daripada itu."

Aku cikgu tusyen !
Alhamdulillah..dalam kesempitan ekonomi diri, Allah masih beri ruang untuk berasa sedikit selesa. Dapatlah income sampingan. Mengajar anak-anak, teringat ketika aku masih kecil menuntut ilmu. Guru-guruku dulu garang, suka cubit..suka rotan. Tapi ada juga yang baik hati, lemah lembut tapi mereka ini mostly cikgu praktikal. Aku..aku mahu jadi cikgu yang terbaik buat anak muridku. Menyampaikan ilmu dengan kasih sayang, marah juga kerana sayang. Biar mereka tidak faham mengapa aku marah-marah, yang penting aku inginkan kebaikan buat mereka. Aku kenal diri aku dan aku tahu apa yang aku harus lakukan. Insha'Allah Moga Allah sampaikan ilmu yang baik dariku buat anak-anak muridku.

Jom amalkan baca doa ini:

…رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِيْ
ROBBISY-RO_HLII SHODRII
Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku
وَيَسِّرْ لِي أَمْرِيْ
WAYASSIRLII AMRII
dan mudahkanlah untukku urusanku,
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِيْ
WA_HLUL ‘UQDATAN MIN LISAANII
dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku
يَفْقَهُوا قَوْلِيْ
YAFQOHUU QOULII
supaya mereka mengerti perkataanku.

Maybe, itu sahajalah untuk kali ini..
Insha'Allah sebelum tu, dalam proses men'solehah'kan diri..Insha'Allah aku dan teman telah menghadiri kelas pendidikan agama di salah sebuah universiti di ibu kota. Baru sahaja menghabiskan satu modul dan telah selamat menduduki peperiksaan subjek tersebut. Pertama kali, aku benar-benar tenggelam dalam hafalan hadith-hadith dan ayat-ayat Al-Quran. SubhanAllah, setiap kali ingin menghafal..ayat-ayat itu sendiri mengingatkan aku tentang Allah. Tidak seperti belajar sains. Alhamdulillah. Sepanjang tempoh mengulangkaji, aku biasakan diriku untuk berselawat ke atas nabi Muhammad saw dan beristighfar.

'Ingin belajar agama, perlu berguru tidak cukup sekadar membeli buku.'

Salam Mahabbah dariku.
Wassalamualaikum wbt..

Wednesday, 10 October 2012

Assalamualaikum Cinta



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..Salam Mahabbah & Salam Kecintaan kerana Allah swt.

Indahnya cinta jika ia disulami sutera kasih sayang yang berpaksikan serta bersandarkan pada Al-Quran dan Sunnah. Bercerita tentang cinta, teringat penulis dengan mutiara kata ini: “Cintakan manusia, manusia akan mati. Cintakan Allah, cinta itu akan kekal abadi kerana Allah tidak akan mati.” Allahumma solli a’la Saidina Muhammad. Untunglah hamba-hamba Allah yang tidak jemu meletakkan cinta di tangga teratas buat Allah swt. Ya, cinta Allah lah cinta yang paling ‘High Class’. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, sesungguhnya tiada yang lebih baik cintanya melainkan cinta dari-Nya. Jika ingin mencintai dan dicintai Allah, kita perlulah senantiasa mengingati-Nya. 

Firman Allah swt yang bermaksud:
”Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar Ra’du : 28)

Apabila hati tenteram mengingati Allah swt, semakin mudah kita menyemai cinta terhadap segala suruhan Allah dan membenci segala larangan Allah swt. Oleh itu, segumpal darah dalam tubuh kita yang dipanggil hati ini perlu dipelihara sebaiknya, kerana di situ lah terbitnya rasa cinta. Semakin sebati Allah di jiwa kita, semakin terurus dan tersuluh matlamat kehidupan kita sebagai hamba Allah. Allahumma solli a’la Saidina Muhammad.

Antara cara-cara untuk mengingati Allah swt adalah seperti berikut:
· Zikrullah (menyebut dan memuji Allah swt)
· Solat (solat wajib dan sunat)
· Istighfar dan meminta keampunan dari Allah swt
· Melakukan amar ma’ruf nahi mungkar
· Menghindari perbuatan ma’siat
· Bersahabat dengan orang-orang yang berilmu dan soleh
· Membaca, mempelajari dan mengamalkan Al-Quran
· Bersyukur dan yakin dengan bantuan Allah
· Merenung tanda-tanda kebesaran Allah
 

             “Selangkah kita menghampiri Allah, seribu langkah Allah akan menghampiri kita.” Bayangkan pula betapa hebatnya cinta Allah buat kita jika kita mempunyai walau sekelumit rasa cinta buat-Nya. Allahuakbar, nescaya kita tidak tertanggung kehebatan cinta Allah.

Doa memohon teman yang dicintai Allah:
“Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMU dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menghantarkanku kepada cinta-Mu. Ya Allah jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.”(Hadith riwayat Tirmidzi)

Kesimpulannya di sini, jika kita letakkan cinta pada ibu bapa, adik-beradik, sahabat-sahabat kerana Allah, cinta tersebut akan membuahkan keberkatan, ketenangan serta kebahagian buat pemilik-pemilik cinta tersebut. Penulis menyeru sahabat-sahabat supaya saling berkasih-sayang sesama manusia semata-mata kerana Allah swt, nescaya kita akan memperolehi kebahagiaan yang abadi dan kemanisan cinta sebenar yang tidak terperi. Allahu’alam  

Quote dari laman facebook hari ini:
"Cinta jika tak disandarkan kpd Ilahi..kemanisan Cinta itu tak sama seperti manisnya Cintakan Tuhan dan mencintai saudara kerana Tuhan. Ibarat madu asli dan madu tiruan..walaupun sama manis, kualitinya tidak akan sama. ♥ Sebarkan cinta lillahita'ala~"

Thursday, 9 August 2012

Lailatul Qadr - Ramadhan 1433

Bismillah.

On 20th Ramadhan..
Finally, we have reached the last ten days of Ramadhan. It's time for us to find the only night of Lailatul Qadr. There are still 7 more juzk for me to finish reading the whole Holy Quran. I wish I could 'Khatam' the Quran in time. And Oh, do Allah accept all my deeds and prayers? O' Allah The Merciful, will you forgive all my previous sins?

Hadith on Lailatul Qadr :
Narrated By Abu Huraira : The Prophet said (sallallaho alaihay wa aalaiyhee wa sallam), “Whoever established prayers on the night of Qadr out of sincere faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven; and whoever fasts in the month of Ramadan out of sincere faith, and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven.” Volume 003, Book 031, Hadith Number 125. Sahih Bukhari.
 

Shawal is getting near..parents and relatives are busy with 'Raya' preparation. However, we should not miss the chance of finding the night of Power which is called the 'Night of Qadr'. Let's do Qiamullail, encourage all your family members and friends.

Hadith on Lailatul Qadr :

‘Aisha (Allah be pleased with her) reported that when the last ten nights began Allah’s Messenger (may peace be upon him) kept awake at night (for prayer and devotion), wakened his family, and prepared himself to observe prayer (with more vigour). Book 006, Hadith Number 2643.Sahih Muslim 

In every month, there're days which Islam do not allow woman to pray and read ayah from the Quran but with certain conditions. We could only meet the chance of finding Lailatul Qadr once a year during Ramadhan. And of course, I don't want to miss the night of Power. So, what I did is; I get up as usual during 'sahur', along with the others. While they are performing the optional prayer such as Tahajud, Taubah, Hajat, Witir, etc., I sat facing to the Qiblat and start to mumble Zikrullah, Selawat, Istighfar and recited Dua'. As simple as that. :) Set your alarm clock, remind your friends to wake you up. Let's do it! We do our best!

Here are the signs of Lailatul Qadr :


1. The sun rises early in the morning without rays.
2. Rain may fall either during the night or during the day of that night.
3. During night the sky will be lightly foggy.
4. The sky will be slightly lighted without reflections and without rays.
5. The angels and Jibraeel a.s., all descend down onto earth . (of course we cant see the angels and Jibraeel a.s., but this is a great blessing that Allah swt revealed in the Quran , that they descend..so think about the night , (i.e. either 21st, 23rd, 25th, 27th, or 29th)that in one of those nights , the angels along with Jibraeel a.s. will descend on earth..and truly that night is “peace” until the rising of the dawn.)

Allah swt forgive our sins and bless us in this month of Ramadhan and choose us to witness the 'Night of Power', the most precious night of Lailatul Qadr..Ameen

Du'a during Lailatul Qadr :
اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ ، تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
 O Allah You are The One Who forgives greatly, and loves to forgive, so forgive me. [at Tirmidhi]


Wallahu'alam
sources: 
http://www.islamicboard.com/fasting-ramadhan-eid-ul-fitr/29160-lailatul-qadr-some-ahadith-related.html
http://justquraan.wordpress.com/2008/09/27/dua-for-lailatul-qadr-the-night-of-power/