Sunday, 12 January 2014

Kalimah Allah: Kebimbangan sejagat dek kerana lemahnya ilmu agama

Bismillahirrahmanirrahim...semoga sedikit tulisan ini dapat beri manfaat.

Sebahagian umat Islam di Malaysia kurang pendedahan dan kefahaman tentang agama. Benar, penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja bakal mengelirukan sesetengah pihak dan hal ini akan membabitkan aqidah umat Islam umumnya. Di negara timur tengah, kalimah Allah ini diguna pakai oleh segenap golongan Arab. Hal ini kerana Al-Quran diturunkan dan disampaikan oleh Rasulullah saw dalam bahasa Arab. Penggunaan kalimah Allah bukanlah suatu isu jika umat Islam faham dan beramal dengannya dengan sebenar-benarnya. Dengan penerapan ilmu agama yang mendalam dan pengamalannya di setiap aspek kehidupan insha'Allah kekeliruan seperti 'Allah itu Tuhan siapa' atau 'Allah itu milik agama mana' dan lain-lain dapat dielakkan. Islam bukanlah sekadar solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan dan lain-lain lagi seperti yang kita pelajari dari buku-buku teks sewaktu di bangku sekolah dulu. Umat Islam perlu tahu membezakan Islam dan agama ahli kitab yang lain yang mana kitab-kitab mereka telah diselewengkan.

"Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya:"Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang mereka kerjakan." (QS.Al-Baqarah : 79)

Juga firman Allah:

"Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutarbalikkan lidahnya membaca Al-Kitab, supaya kamu menyangka apa yang dibacanya itu sebahagian dari Al-Kitab, padahal ia bukan dari Al-Kitab dan mereka mengatakan:"Ia (yang dibaca itu datang) dari sisi Allah", padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah, sedang mereka mengetahui. (QS.Ali Imraan : 78)

Kita harus jelas mengapa kita mesti berpegang kepada agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah terakhir, Muhammad saw. Generasi kini perlu memastikan anak-anak mereka yang bakal meneraju masa depan betul-betul memahami Islam yang disampaikan oleh Rasulullah saw serta para sahabat beribu tahun dahulu. Dewasa ini, metod penyebaran agama selain Islam semakin berani menonjol dan terus-menerus menggugah martabat agama ini, hal ini termasuklah menerusi blog-blog, laman sosial, media arus perdana dan lebih-lebih lagi parti politik. Jangan ada yang keliru, agama kita tidak sama dengan mereka. Berpeganglah pada aqidah yang selari dengan fitrah yakni Islam.

"Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (QS.Ali Imraan : 85) 

Sebagai Muslim, kita harus peka dan hal ini wajar di risaukan. Carilah ilmu yang berguna supaya pengakhiran hidup kita tidak sia-sia. Semoga kita meninggalkan dunia ini sebagai seorang Muslim yang bertaqwa dan beriman kepada Allah swt dan RasulNya, Muhammad saw. Lailaha illallah, Muhammadurrasulullah. Wallahu'alam - an opinion from a humble servant of Allah.

Renungkan hadith di bawah, moga kita sama-sama ambil pengajaran.

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." 

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" 

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

p/s: Na'uzubillahu min zalik..moga kita tak tergolong dalam golongan ini. Aku sedih memikirkan umat Islam sezamanku..