Thursday, 29 August 2013

Family Radin Beraya 2013 - spirit raya yang hilang~

Assalamualaikum wbt..lama rasanya tak tulis entri apa-apa semenjak raya Eidul Fitri lepas.

Alhamdulillah..beberapa hari lagi syawal hampir ke penghujung bulan. Sudah cukupkan puasa 6 belum? Hehe, kalo belum rajinkan lah diri untuk berpuasa. 6 hari ni sat ja, sedang puasa Ramadhan yang sebulan tu kita mampu hadapi dengan jayanya..apa lagi tak sampai seminggu berpuasa..tak puasa stret seminggu pun boleh, janji cukup 6 hari. betul tak? =)

Hmm, sedikit tentang hari rayaku yang serba sederhana dengan tema pink, Alhamdulillah. Thanks to pakcik Din Wahab yang indirectly decide our theme colour setiap kali Raya.haha cantek baju Melayu ayah & adik pakcik buatkan. Alhamdulillah. Tahun ni, keadaan ekonomi tak berapa mengizinkan kami untuk pulang ke Kedah..banyak onkos nya..minyak kereta, TOL lagi (bila nak hapus tol neyh~) dan macam-macam lagi lah..pfft. Raya pertama seperti biasa solat raya kat surau rumah, then bergerak ke rumah Mak Long kat Gombak, after that barbeque sampai nak pecah perut makan kat rumak Mak Bibik kat Wangsa Maju. Esok nya, kami gerak balik Melaka. My kampong kat Melaka ni actually dah lama tak pergi jenguk, cuz takde sape nak tolong jaga since arwah Pak Ngah meninggal dunia beberapa tahun lepas. So, sewa kat orang buat tanam cili daripada terbiar dengan semak samun.huhu Both kampongs pun takdak dah grandparents..spirit balik kampong tak excited mana tapi layan je.. Last Raya kami dah balik Kedah so my lovely parents decided to celebrate Raya in Melaka je (my mother's side kampong) this time. Well, it's quite lively in Melaka..semua gathered kat rumah Mak Ngah. Most of my pakcik makcikss ada.haha Mak Ngah dah berbelas-belas grandchildren, Mak Long yang anak sorang ni pun cucu adalah beberapa orang..GAMAT betul suasana di Taman Rembia. Mak Uda pula baru pertama kali bermenantu, hangkut ler menantu nye sekali balik kampong..memang ramai! Mengah mengisi perut pada siang hari, malam nya kami sewa homestay and hotel untuk bermalam. Haha my raya tak best pun..tidur hotel tu malam-malam raya. Tapi I try my best to appreciate my family..I'm so grateful that my parents are still around to share my laugh during Raya. Family Pak Itam dah tak celebrate Raya macam two years back..dua tahun lepas Mak Itam meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam badan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Oleh itu, hargailah ibu dan bapa kita sementara mereka masih ada di sisi kita..tak gitu??

Ok, that's all for now. Moral of the story bleh cari kat atas ye. Tq =)
Selamat hari Raya EidulFitri, Maaf Zahir Batin dari Radin and familia~

Ketupat ni mengembalikan kenangan makan ketupat palas arwah Mak Ndak~ 





Tuesday, 23 July 2013

Bestnya apam tepung beras :) Nyum..Nyum..

Assalamualaikum wbt.
Entri hari ini ialah macam mana nak buat apam tepung beras, saya dah cuba buat dan ia sangat senang.

Bahan-bahan :
2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
2 cawan gula pasir
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis

Cara membuat :
Kisar nasi bersama air.
Kemudian tambahkan gula dan kisar lagi.
Biarkan bahan kisar seketika.

Gaulkan tepung beras, tepung gandum dan yis dalam sebuah bekas.
Setelah sebati, tuangkan bahan-bahan yang dikisar tadi.
Gaul sebati semua bahan.
Biarkan selama 3 jam sehingga kembang dan berbuih.

Tuang ke dalam acuan.
Kukus selama 15 minit.

Sempena Ramadhan ni, eloklah buat lebih untuk moreh di surau. Bersedekah lebih baik dari menerima. hee :)
Sambil masak tu jangan lupa berselawat dan berzikir tau. Ingatan buat diri sendiri juga. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita di bulan barakah ini. Insha'Allah Selamat mencuba!

Nilah keja kami lepas pulang dari solat terawih. Apam sebelum kukus..letak corak-corak sikit :) hee

Tuesday, 2 July 2013

Nothing much really..just a pinch of the bittersweet of my life_

Assalamualaikum wbt

Login saja FB, another wedding invitation appeared in one of the notification. Yes, tak sabar nak p kenduri, makan free, jumpa kawan-kawan lama !! Yup, sana orang kahwin, sini pun orang kahwin..tahun ni memang ramai betul kawan-kawan yang mendirikan masjid. Macam berlumba ja gamaknya. Bila pulak my turn? hehe :)

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki atau perempuan. jika mereka itu miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah itu Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui." 
-Surah an-Nur: 32


p/s: Ehem..once in a while =P

Lirik nasyid:

Tak Perlu Aku Ragui 
Sucinya Cinta Yang Kau Beri 
Kita Saling Kasih Mengasihi 
Dengan Setulus Hati 

Ayah Ibu Merestui 
Menyarung Cincin Di Jari 
Dengan Rahmat Dari Ilahi 
Cinta Kita Pun Bersemi 

Sebelum Diijabkabulkan 
Syariat Tetap Membataskan 
Pelajari Ilmu Rumahtangga 
Agar Kita Lebih Bersedia 
Menuju Hari Yang Bahgia 

Kau Tahu Ku Merinduimu 
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih 
Bersabarlah Sayang 
Saat Indah Kan Menjelma Jua 
Kita Akan Disatukan 
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih 

Di Sana Kita Bina 
Tugu Cinta Mahligai Bahagia 
Semoga Cinta Kita 
Di Dalam Redha Ilahi 
Berdoalah Selalu 
Moga Jodoh Berpanjangan


Tajuk nasyid: Kasih Kekasih
Munsyid: In-Team

p/s: Bilakan tiba masanya? Hanya Allah yang tahu. Apa pun, jangan pernah putus asa dengan Allah swt. Kita merencana, Allah turut merencana dan Dia yang menetapkan qada' dan qadar kita. Oleh itu, sebagai seorang hamba..bersabarlah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri kita <3 chill !

Menganggar masa dalam membilang usia_

Wednesday, 19 June 2013

'Ya Allah sampaikan kami ke bulan Ramadhan.'

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, kini kita sudah berada di bulan Sya’aban. 
Sedikit masa lagi kita akan menempuh bulan penuh keberkatan iaitu Ramadhan.
Para wanita sudahkah anda mencukupkan puasa ganti anda pada Ramadhan yang lalu? 
Jika belum, segeralah menggantikan puasa anda sementara masih ada masa.
Bagi yang tidak sempat menggantikan puasa, kita diwajibkan membayar FIDYAH.
Apa itu FIDYAH?






















Pemergian Abang Yan buat selama-lamanya.

Abang Yan tidak bersama kita lagi Ramadhan ini.
Seminggu yang lepas, arwah telah kembali ke rahmatullah akibat jangkitan bakteria dalam badan. Innalillahiwainnailaihirajiun..dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. 
Arwah meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak. 
Teringat akan anak bongsunya yang demam ketika aku menziarahi mereka. Barangkali demam rindu.
Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan buat mereka sekeluarga.
Moga Allah swt merahmati roh abang Yan di sana. Al-Fatihah

‘Ajal dan maut di tangan Tuhan’
Kita juga boleh kembali kepadaNya pada bila-bila masa sahaja..
Mungkin Ramadhan ini yang terakhir buatku..Allahua’lam
Oleh itu, aku harus memaksimakan Ramadhan yang bakalku tempuh nanti.

Sebelum itu, sementara masih berada di bulan sya’aban ini..
Bukan sahaja persediaan untuk menyambut Syawal kita perlu lakukan, 
kita juga perlu bersedia untuk menempuh Ramadhan.
Kita boleh membuat persediaan untuk meraikan bulan Ramadhan dengan amalan zikrullah, membaca Al-Quran, berpuasa sunat, bersedekah dan lain-lain lagi.

Selain itu, sebagai tambahan kurangkan mendengar muzik yang melalaikan, elakkan pergaduhan, bersederhana ketika makan, ringankan tangan membantu orang yang kesusahan dan perkara-perkara baik yang lain.

Semoga Allah sampaikan kita ke Ramadhan kali ini. Insha’Allah

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..aku terlalu merinduimu~



Monday, 13 May 2013

Pintalah pada Allah kekuatan buat dirimu.

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah..masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah swt.
Semalam, seorang sahabat memberitahu saya bahawa dia sering berasa lemah, tidak bersemangat dan kadang-kala pula berasa malas. Oleh itu, saya ingin kongsikan sebuah doa. Mungkin biasa kita baca dan dengari tapi tidak faham akan maknanya. Doanya adalah seperti berikut:

Bismillahirrahmanirrahim..,

"Allahumma inni a'uzubika minal hammi wal hazan,
wa a'uzubika minal 'ajzi wal kasal,
wa a'uzubika minal jubni wal bukhli,
wa a'uzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal."

Maksudnya:
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih dan gelisah,
aku berlindung kepadaMu dari rasa lemah dan malas,
aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut dan bakhil,
serta aku berlindung kepadaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.."

Amin Ya Rabbal 'Alamin..



Lalui harimu dengan ketaqwaan dan sabar..bersama kita perbaiki diri semata-mata kerana Allah swt.

Thursday, 25 April 2013

(POLITIK) Kanak-kanak pun tahu~



Bahang PRU-13 kian terasa...
Saluran TV yang nyata bias dipenuhi dengan bahan-bahan kempen pihak **.
Budak-budak kecil pun dah 'tahu' nak undi siapa walaupun belum cukup umur~

Minggu ini, tiap kali tusyen waktu malam..anak-anak murid akan bertanya siapakah yang saya akan undi di pilihanraya kali ini? Anak-anak murid yang bertanya pula rata-rata baru darjah 2 sehinggalah darjah 6.
Dilema saya, nak jawab ke tidak..salah ke jika saya beritahu?
Lalu saya hanya jawab: "Kamu belum cukup umur lagi untuk cikgu beritahu.."
Emm..boleh tahan cakna isu semasa mereka ini. Yang bersekolah menengah tidak pula sebut tentang PRU. ke3 ;)

Seorang sahabat saya merupakan seorang guru berbicara tentang etika di sekolah, menurutnya tidak sesuai untuk bercakap tentang pilihanraya dengan anak murid di sekolah. Mengapa ye tidak boleh beritahu? Mungkin adanya etika seperti ini, kerana wujud tanggapan bahawa pilihanraya ini boleh memberi pengaruh negatif buat anak-anak. Dengan kata lain 'politik kotor'..sebagaimana politik dilabel oleh sesetengah pihak. Bagi saya sebaliknya, sudah tentu tidak..politik itu baik jika dilaksanakan dengan adil dan bebas dari fitnah.

Bagi saya, siapa kita undi itu mungkin tak perlu beritahu tetapi tidaklah sampai tidak sentuh langsung berkenaan politik. Mungkin boleh jadi satu bentuk pendidikan pada anak-anak. Kita perlu didik mereka sejak kecil lagi supaya sebagai rakyat kita harus memilih pemimpin yang paling baik dan adil. Dengan hal ini, mereka bertambah matang dalam aspek politik, tidak terikut-ikut seperti sesetengah individu. Terdapat juga muda-mudi yang sudah mencapai umur layak mengundi enggan mendaftar sebagai pemilih di pilihanraya kali ini. Mungkin kerana kurang pendedahan. Wallahu'alam..kanak-kanak pun tahu~ Alahai anak muda apa yang engkau lakukan pada masa mudamu~

Just a humble opinion :) Think positive.


*Pilihan di tangan anda

Wednesday, 24 April 2013

Dengan izin Allah..kemenangan yang kian hampir.

Duhai pejuang Agama Allah,
Teguhlah kalian di lapangan tarbiyah,  
Keringat dan air matamu nan kekeringan,
Kerana agama rela berkorban,
Yakinlah pejuangku,
Ganjaran Allah menantimu di sana,
Perjuangan ini tanpa kenal putus asa,
Mantapkan imanmu pejuang agama,
Hidupkan medan juangmu dengan sabar dan taqwa.

Duhai pejuang Agama Allah,
Perjuangan ini bukan mudah,
Sentiasa diiringi jerih dan payah,
Demi agama suci tidakkan mengalah.
Duhai pejuangku,
Kerana yakin Allah ada disisi,
Minda rancak mengatur strategi,
Tangan teruskan mengibar panji,
Kaki teruskan maju berlari,
Yakinlah, janji Allah sebagai bukti,
Kemenangan Islam menanti PASTI.

Yakinlah pejuangku,
Allah pasti membantumu,
Tidakkan patah semangat dilentur,
Pantang undur di medan tempur.


Semoga pihak yang benar beroleh kemenangan..
'Akan tertegaklah haq setelah tumbangnya kebatilan' 
Insha'Allah.. Ini Kalilah!