Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah,
kini kita sudah berada di bulan Sya’aban.
Sedikit masa lagi kita akan menempuh
bulan penuh keberkatan iaitu Ramadhan.
Para wanita
sudahkah anda mencukupkan puasa ganti anda pada Ramadhan yang lalu?
Jika belum, segeralah menggantikan puasa anda sementara masih ada masa.
Bagi yang
tidak sempat menggantikan puasa, kita diwajibkan membayar FIDYAH.
Apa itu FIDYAH?
Pemergian Abang Yan buat selama-lamanya.
Abang Yan tidak bersama kita lagi Ramadhan ini.
Seminggu
yang lepas, arwah telah kembali ke rahmatullah akibat jangkitan bakteria
dalam badan. Innalillahiwainnailaihirajiun..dari Allah kita datang dan kepada Allah
kita akan kembali.
Arwah meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.
Teringat akan anak bongsunya yang demam ketika aku menziarahi mereka. Barangkali demam rindu.
Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan buat mereka sekeluarga.
Moga Allah swt
merahmati roh abang Yan di sana. Al-Fatihah
‘Ajal dan
maut di tangan Tuhan’
Kita juga boleh kembali kepadaNya pada bila-bila masa sahaja..
Mungkin Ramadhan
ini yang terakhir buatku..Allahua’lam
Oleh itu, aku
harus memaksimakan Ramadhan yang bakalku tempuh nanti.
Sebelum itu,
sementara masih berada di bulan sya’aban ini..
Bukan sahaja
persediaan untuk menyambut Syawal kita perlu lakukan,
kita juga perlu bersedia untuk
menempuh Ramadhan.
Kita boleh
membuat persediaan untuk meraikan bulan Ramadhan dengan amalan zikrullah,
membaca Al-Quran, berpuasa sunat, bersedekah dan lain-lain lagi.
Selain itu,
sebagai tambahan kurangkan mendengar muzik yang melalaikan, elakkan pergaduhan,
bersederhana ketika makan, ringankan tangan membantu orang yang kesusahan dan
perkara-perkara baik yang lain.
Semoga Allah
sampaikan kita ke Ramadhan kali ini. Insha’Allah
Ahlan
Wasahlan Ya Ramadhan..aku terlalu merinduimu~