Wednesday, 19 June 2013

'Ya Allah sampaikan kami ke bulan Ramadhan.'

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, kini kita sudah berada di bulan Sya’aban. 
Sedikit masa lagi kita akan menempuh bulan penuh keberkatan iaitu Ramadhan.
Para wanita sudahkah anda mencukupkan puasa ganti anda pada Ramadhan yang lalu? 
Jika belum, segeralah menggantikan puasa anda sementara masih ada masa.
Bagi yang tidak sempat menggantikan puasa, kita diwajibkan membayar FIDYAH.
Apa itu FIDYAH?






















Pemergian Abang Yan buat selama-lamanya.

Abang Yan tidak bersama kita lagi Ramadhan ini.
Seminggu yang lepas, arwah telah kembali ke rahmatullah akibat jangkitan bakteria dalam badan. Innalillahiwainnailaihirajiun..dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. 
Arwah meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak. 
Teringat akan anak bongsunya yang demam ketika aku menziarahi mereka. Barangkali demam rindu.
Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan buat mereka sekeluarga.
Moga Allah swt merahmati roh abang Yan di sana. Al-Fatihah

‘Ajal dan maut di tangan Tuhan’
Kita juga boleh kembali kepadaNya pada bila-bila masa sahaja..
Mungkin Ramadhan ini yang terakhir buatku..Allahua’lam
Oleh itu, aku harus memaksimakan Ramadhan yang bakalku tempuh nanti.

Sebelum itu, sementara masih berada di bulan sya’aban ini..
Bukan sahaja persediaan untuk menyambut Syawal kita perlu lakukan, 
kita juga perlu bersedia untuk menempuh Ramadhan.
Kita boleh membuat persediaan untuk meraikan bulan Ramadhan dengan amalan zikrullah, membaca Al-Quran, berpuasa sunat, bersedekah dan lain-lain lagi.

Selain itu, sebagai tambahan kurangkan mendengar muzik yang melalaikan, elakkan pergaduhan, bersederhana ketika makan, ringankan tangan membantu orang yang kesusahan dan perkara-perkara baik yang lain.

Semoga Allah sampaikan kita ke Ramadhan kali ini. Insha’Allah

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..aku terlalu merinduimu~



No comments:

Post a Comment