Monday, 17 February 2014

:: Sahabat, Ku Harap Kau Begitu Juga ::

:: Ku harap kau pun begitu juga. :: (Muhasabah petang Isnin)

Bila diungkap perkara benar, orang tidak suka..
Baiklah..biar pendam jadi bara..tinggal bara, ku curahkan air mata pula sehingga ia padam.

Ku inginkan sahabat supaya fahami diri ku..
Tapi ku silap kerana tak cuba fahami diri mereka terlebih dahulu..

Hendakku bawa diri, tapi mahu ke mana lagi..
Lalu ku abaikan, kernaku tahu ianya sia-sia..
Aku sedar rajuk tidak membantu kerja dakwah..
Oleh itu..aku harus sabar.

Ku cuba ubah diri menjadi hampir sempurna dalam acuan mereka..
Tapi mereka tetap pula kekal begitu..sama saja.
Ku mengeluh lagi dan lagi.. Astaghfirullah..

Hati kian lemah, hampir saja putus asa dengan ukhuwah ini..
Namun penghayatan dalam setiap bait-bait doa rabitah sekian lama menjadi hafalan beri aku kekuatan..

Walaupun terkadang kata-kata mereka yang berbaur semacam arahan dan paksaan seakan-akan menyiat-nyiat jiwa, ku cuba hadirkan jua rasa ikhlas..dan ku mohon supaya di pelihara hati.

Mereka kekal sahabat, walaupun terkadang salah-menyalah..
Meskipun aku tampak buruk, cela dan hina di mata mereka..
Aku tetap mahu dikasihi, aku mahu suara aku didengari dan diadili tanpa wujud berat sebelah dan prasangka..hatiku makin menjauh. Aku harus segera mencari punca dan solusinya..
Mungkin perjalanan dan pengalaman tarbiyah menjadi punca ketidak sefahaman.. Allah..

Hati melirih..jiwa pedih..tapi ku cuba redha.
Aku juga manusia mereka juga manusia..
Kita sama-sama hamba. Hamba Allah swt.
Siapa kita untuk menghukum?

Meskipun bilamana ku perlukan tempat mengadu, mereka bukanlah yang terbaik..
Tapi akan aku cuba jadi yang terbaik buat mereka. Insha'Allah
Jika aku tersungkur juga, maafkan aku..bimbinglah aku.
Aku hanya hamba Allah yang serba lemah.

Alhamdulillah, mujur aku ada Allah..
Sahabat-sahabat sefikrah yang  sejiwa..
Cukup untuk mengubati hati yang tercalar..
Semoga Allah ubati hati-hati kita yang sakit. Aminn  (Nukilan Angin)

p/s: lumrah manusia cenderung pada akal, hanya nampak salah orang lain..tapi tidak cuba untuk betulkan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment