Saturday 7 July 2012

Wacana Ilmiah dengan Ustaz Don Daniyal

Assalamualaikum wbt..(copy paste dari status di FB sy)
Sedikit "ole-ole" untuk sahabat2 yg dikasihi Allah swt dari Wacana Ilmiah oleh Ustaz Don Daniyal yg saya hadiri di Uitm Puncak Alam pada 5 Julai 2012 (Nisfu Sya'aban).

Ternyata melihat figuranya di tv dan depan mata beliau tetap sama, Ustaz Don seorang yang rendah diri, tinggi ilmunya :) Semoga Allah jadikan beliau senantiasa istiqamah.

Sedikit point berkisarkan tentang Bulan Ramadhan oleh ust,

-Bulan Ramadhan tahan diri dari banyak bercakap.

-Elakkan post perkara-perkara yg boleh menimbulkan gossip di Facebook.

-Kisah Siti Maryam melahirkan Isa as tanpa bapa, lalu beliau berpuasa dengan tidak bercakap dan apabila ditanya Maryam hanya menunjukkan kepada bayinya Isa as..Isa as ditakdirkn Allah mampu berkata-kata dan mempertahankan ibunya.

-Lagi kisah Nabi Zakaria yg sudah uzur serta isterinya yg mandul dikurniakn cahaya mata oleh Allah, Zakaria yg pada mulanya merasakn dirinya dan isterinya tidak mungkin memperoleh anak tetapi dengan takdir Allah mereka dikurniakn anak dengan tanda Zakaria berpuasa selama 3 hari.

-Jangan berpuasa jika berniat untuk 'diet', kerana anda akan semakin gemuk. ;)
Tetapi berniatlah supaya ibadah puasa kita mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah.

- Makruh cium dahi isteri.

- Dibolehkan berniat puasa sebulan Ramadhan, tetapi tetap kena niat puasa setiap hari. Niat sebulan ini hanya valid apabila seseorang itu betul-betul terlupa untuk berniat pada malam sebelumnya.

- Jika tidak sempat mandi wajib akibat berjimak@mimpi setelah masuk waktu subuh, puasanya masih boleh diteruskan seperti biasa kerana hal yg menyebabkan mandi wajib berlaku pada waktu malam harinya.
- Time puasa, elakkan mandi kolam kerana ditakuti kalau terbuang angin *kentut-bhs kurang sopan* air akan memasuki lubang dubur dimana keluarnya angin tadi. Boleh batal puasa.

*point-point diatas terdapat bahan2 rujukannya yg Ustaz sebutkan sekali, tak sempat pula nak salin tadi. Maafkan saya atas kekurangan tsbt, moga bermanfaat :) Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment