Assalamualaikum wbt,
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad.
Apa khabar Iman kita hari ini?
Hari ini sebelum ke makmal, sempat menyibukkan diri memasak di dapur bujang rumah sewa.
Maklumlah, orang jauh nak 'mai'. Teruja nak menyambut kedatangan kakak seniorku seorang ini.
Lauk istimewa yang aku cuba masak ialah 'Ayam Masak Lemak Cili Api'. Kata orang negeri sembilan 'Masak Lomak Cili Api'. Hah itu makannya. Hari ini saya ingin berkongsi resepi sedikit, kalau ada nak cuba silakan. Tak berani cuba pun tak mengapa. Hahah.. Maklumlah, aku pun bukannya reti memasak sangat.
Berikut adalah resepi 'ayam masak lemak cili api' ikut instinct :
Bahan-bahan
5-6 ketul ayam yang sudah dibersihkan
1 biji kentang (bersaiz besar)
1 lobak (ambik yang panjang sikit)
1 biji tomato (ikut suka)
1 batang serai (dititik)
sedikit halia (untuk hilangkan bau ayam)
1 kotak santan (saya guna ayam brand bersaiz kecil)
1 sudu serbuk kunyit (bagi warna kuning)
1 keping asam keping (kalau suka masam boleh letak, lupa nak letak tadi..aduhai)
Bahan tumisan
(tumbuk semua sebelum tumis)
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 biji cili api (banyak lagi kalau nak lagi pedas)
2 cm belacan
Cara-cara masak
Bubuh sedikit minyak dan tumis semua bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi. (kalau periuk cepat panas, pasang api perlahan je)
Kacau sikit bagi rata dengan minyak sampai naik bau, masukkan sedikit air dengan serbuk kunyit dan kacau lagi.
Kemudian, masukkan ayam, kentang, lobak, halia dan serai. (ikut suka, nak letak sebelum letak air pun tak mengapa)
Kuatkan api sedikit, tambahkan air lagi. (ikut suka kalau suka banyak kuah, pandai-pandailah alter ok)
Biar seketika sampai mendidih dan kentang serta lobak menjadi lembut.
Perlahankan sedikit api, masukkan santan dan kacau perlahan-lahan sampai pekat kuah lemak tu. (aku agak-agak je yang ni)
Terakhir sekali, masukkan tomato yang telah dipotong dan kacau seketika sebelum tutup api.
Siap dihidang. (^^,)
Makanan sudah ready, then aku pun sediakan air barli sebelum keluar rumah pagi tadi, harap-harap tetamuku gembira dan kekenyangan bila datang ke rumah nanti. Insha'Allah. Islam menganjurkan kita memuliakan dan melayani tetamu dengan baik.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim.” (Hadis riwayat Bukhari).
Main masak-masak ini, mengingatkan aku pada satu program masakan bersama Chef Amar di TV Al-Hijrah. Beliau sumber inspirasi aku tiap kali nak memasak, beliau sentiasa berselawat, zikrullah serta membaca ayat-ayat suci al-Quran semasa menyediakan makanan. Hal yang baik ini, wajar di jadikan contoh. Semoga makanan yang kita sediakan atau makanan yang kita makan sentiasa diberkati oleh Allah subhannahuwata'ala.
No comments:
Post a Comment