Monday 18 March 2013

Hidup dan pengajaran di sebaliknya.

Assalamualaikum..blog ini sudahku kira usang, jika ianya rumah sudah tentu dimakan anai-anai dan diselubungi sawang-sawang. Lama sudah tak menulis di sini.

Rakan-rakanku yang dahulunya aktif meng'update' blog, kini tidak lagi.. lelah disibukkan dengan pekerjaan, keluarga dan macam-macam lagi dugaan Allah di dunia. Allahu Allah..

Dan aku.. masih lagi di sini, tiada banyak yang berubah melainkan kadar selera yang sedikit bertambah dari dahulu. Semakin meningkat usia semakin berisi pula tubuh badan anugerah Allah ini. Alhamdulillah. Banyak kali ingatkan pada diri supaya turunlah bersenam, diet..diet..diet.. Hurm..semuanya tidak juga ku lakukan.

Sedikit update pengalaman diri sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini.

Aku di rompak!!
Rompak kah? Entahlah..lcd projector yang di amanahkan padaku, aku tinggalkan di dalam kereta kancil milik rakan ku. Kami membeli-belah sedikit di pasar malam, lebih kurang setengah jam kami kembali ke kereta. Lcd sudah tiada, pintu kereta telah diumpil. Allahuakbar.. aku dan rakan-rakanku seperti tidak percaya, puas di selongkar kereta kancil itu namun tidak berjumpa. Aku sendiri tidak sempat untuk lihat rupa lcd itu, sudah pun dicuri. Berharga RM1000 ++.. Beberapa hari kakak-kakak serumah cuba memulangkan lcd projector pada yang empunya, namun Allah tak izinkan. Pada hari mereka meminta aku untuk menghantarnya ia hilang dicuri. Mungkin Allah ada rancanganNya sendiri. Aku yang cuai. Allah.. Mungkin ini pengajaran bagi diriku dan rakan-rakan. Wahai pencuri, ingatlah Allah nampak apa yang anda lakukan. Mujur empunya lcd memahami, kami diberi diberi kelonggaran untuk membayar semula lcd tersebut. Moga Allah permudahkan dan bantu kami. Insha'Allah.

Doa jika ditimpa musibah:

'Innalillahiwainnailaihirajiun, Allahumma ajurni fi musibati, wa akhlifli khairan minha'

Maksudnya:
"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali. Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dalam musibahku dan gantilah untukku lebih baik daripada itu."

Aku cikgu tusyen !
Alhamdulillah..dalam kesempitan ekonomi diri, Allah masih beri ruang untuk berasa sedikit selesa. Dapatlah income sampingan. Mengajar anak-anak, teringat ketika aku masih kecil menuntut ilmu. Guru-guruku dulu garang, suka cubit..suka rotan. Tapi ada juga yang baik hati, lemah lembut tapi mereka ini mostly cikgu praktikal. Aku..aku mahu jadi cikgu yang terbaik buat anak muridku. Menyampaikan ilmu dengan kasih sayang, marah juga kerana sayang. Biar mereka tidak faham mengapa aku marah-marah, yang penting aku inginkan kebaikan buat mereka. Aku kenal diri aku dan aku tahu apa yang aku harus lakukan. Insha'Allah Moga Allah sampaikan ilmu yang baik dariku buat anak-anak muridku.

Jom amalkan baca doa ini:

…رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِيْ
ROBBISY-RO_HLII SHODRII
Berkata Musa: "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku
وَيَسِّرْ لِي أَمْرِيْ
WAYASSIRLII AMRII
dan mudahkanlah untukku urusanku,
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِيْ
WA_HLUL ‘UQDATAN MIN LISAANII
dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku
يَفْقَهُوا قَوْلِيْ
YAFQOHUU QOULII
supaya mereka mengerti perkataanku.

Maybe, itu sahajalah untuk kali ini..
Insha'Allah sebelum tu, dalam proses men'solehah'kan diri..Insha'Allah aku dan teman telah menghadiri kelas pendidikan agama di salah sebuah universiti di ibu kota. Baru sahaja menghabiskan satu modul dan telah selamat menduduki peperiksaan subjek tersebut. Pertama kali, aku benar-benar tenggelam dalam hafalan hadith-hadith dan ayat-ayat Al-Quran. SubhanAllah, setiap kali ingin menghafal..ayat-ayat itu sendiri mengingatkan aku tentang Allah. Tidak seperti belajar sains. Alhamdulillah. Sepanjang tempoh mengulangkaji, aku biasakan diriku untuk berselawat ke atas nabi Muhammad saw dan beristighfar.

'Ingin belajar agama, perlu berguru tidak cukup sekadar membeli buku.'

Salam Mahabbah dariku.
Wassalamualaikum wbt..

No comments:

Post a Comment