Tuesday 17 April 2012

Dari Allah kita datang kepada Allah kita dikembalikan..

Dari Allah kita datang kepada Allah kita dikembalikan..

16 April 2012, kira-kira pukul 7.00 malam Mak Itam menghembuskan nafasnya yang terakhir ke dunia ini.
Innalillahiwainnailaihirajiun...pemergiannya terlalu mudah, pada mulanya hanya mengalami demam biasa dan ditahan wad selama 3 hari. Bila pemeriksaan lanjut dilakukan, rupanya darah dalam tubuh Mak Itam telah dijangkiti kuman seperti yang terekod di dalam surat daftar kematian Mak Itam. 'Sebab kematian: Gram-negative Septicaemic Shock Secondary to VTI' Seorang lagi mangsa jangkitan kuman dalam salur darah. Sebagai seorang mikrobiologis sudah tentu aku agak 'alert' sedikit bila mendengarkan penyakit yang disebabkan oleh kuman. Meskipun kecil saiz bakteria namun ia sebenarnya mampu mengancam nyawa seseorang. 3 bulan lepas juga, seorang abang saudaraku di tahan wad kerana perkara yang sama dan ianya hampir meragut nyawanya namun Allah Maha Pengasih lagi Penyayang mengizinkn beliau untuk terus hidup. Memang benar segala ketentuan Allah itu pasti ada hikmah, kejadian yang menimpa abg saudaraku telah berjaya mengubah isterinya. Alhamdulillah, kini isteri beliau sudah menghijrahkan dirinya, dari tidak bertudung kini bertudung dan banyak lagi perubahan yang baik. Suatu ibrah yang wajar diambil iktibar.

Kisah hari kejadian,
Sedang aku menunggu bas pulang ke rumah sewa, aku menerima sms dari mak "Ika..Mat itam tgh nazak, now on d way ke hospital." Reply aku, "Mak nak ika balik ke?" Mak balas smsku "Tunggu dulu, jalan ke hospital tgh sesak ni" Aku menunggu lagi reply dari mak sehingga tiba di rumah sewa. Aku terima sms lg dari mak "Mak Itam dah tak ada.." Aku terkedu..replyku "Innalillahiwainnailaihirajiun"

Dalam keadaan terkejut, aku mengambil sedikit masa untuk akhirnya decide untuk call mak..bagaimana dengan aku, adakah patut balik atau tidak? Biasanya mak yang menghantar dan mengambilku pulang ke rumah. Ayah pula kebetulan berada di Makkah ketika ini. Dan aku, tiada kenderaan untuk pulang. Aku kongsikan dengan housemateku, Alhamdulillah mujur beliau memahami. Untung bersahabat kerana Allah, cubit peha kanan peha kiri juga turut merasa sakit..Allah denagn bantuan sahabat, aku berjaya meminjam sebuah kereta dan seorang sahabatku sudi menjadi driver. Kami bertolak kira-kira jam 9 malam, perjalanan pula mengambil masa satu jam. Perjalanan malam itu agak mencabar dengan hujan yang turun denagn agak lebat. Alhamdulillah, kami tiba dengan selamat. Sempat juga mereka masuk ke rumah arwah dan  menyedekahkan sedikit doa. Moga Allah membalas jasa baik mereka.

Yassin kedengaran sayu di baca oleh ahli keluarga..
Mata kemerah-merahan, sedu sedan menjadi latar melodi malam itu. Sekali sekala, kain yang menutupi wajah arwah diselak dan wajahnya diamati dalam-dalam. Kaki arwah aku sentuh dan aku rasa kakinya yang kaku. Subhannallah, kuasa Allah..dia yang menghidupkan dan mematikan. Dalam sekelip mata diri boleh berubah kaku begitu. Malam itu lebih kurang jam 1 pagi, aku dan mak balik ke rumah. Aku teman mak tidur di biliknya. Wajah mak kelihatan sugul. Kasihan mak, pasti beliau sedih kerana Mak Itam itu kakaknya.

Seusai solat Subuh kami pun bergerak ke rumah arwah. Kelihatan anak-anak arwah sedang membacakan Yassin disisi jenazah setibanya kami di sana. Hari mulai cerah, sahabat handai dan ahli keluarga semakin ramai yang hadir. Arwah dimandikan di sebuah surau oleh anak-anak dan kaum keluarga terdekat. Kemudian dikafankan dan disembahyangkan. Proses mengurus jenazah ini membuatkan aku teringat satu pengisian dari ust. Don berkenaan mengurus jenazah ibu bapa kita. Memang realiti, orang bertugas mengurus jenazah ini "practice make perfect" bak kata ust Don...laju ja buat kerja tapi hati anak mana tak terusik bila tubuh badan ibunya diuruskan dengan agak kasar begitu...

Ahli keluarga inginkan arwah disemadikan berhampiran kubur anaknya, tetapi tiada telah siap sedia digali. Pihak petugas menggali kubur enggan pula menggali kawasan berhampiran. Lalu, anak lelaki arwah yang bongsu menggali sendiri liang lahad buat ibunya. Mujur teman-temannya ada meringankan beban kerjanya. Oleh kerana terpaksa menggali sendiri, masa untuk membawa jenazah ke kuburan tertangguh seketika. Hebatnya kasih-sayang seorang anak buat si ibu yang kini kaku. Baju beliau dipenuhi lumpur dan tanah, terharu aku melihatnya.

Talkin dibaca, hadirin rata-rata kelihatan kusyuk mendengar.
Pengebumian selesai pada jam 1.00 tengah hari.
Perlu bersedia menghadapi mati. Bersediakah kita??


No comments:

Post a Comment