Wednesday, 10 October 2012

Assalamualaikum Cinta



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..Salam Mahabbah & Salam Kecintaan kerana Allah swt.

Indahnya cinta jika ia disulami sutera kasih sayang yang berpaksikan serta bersandarkan pada Al-Quran dan Sunnah. Bercerita tentang cinta, teringat penulis dengan mutiara kata ini: “Cintakan manusia, manusia akan mati. Cintakan Allah, cinta itu akan kekal abadi kerana Allah tidak akan mati.” Allahumma solli a’la Saidina Muhammad. Untunglah hamba-hamba Allah yang tidak jemu meletakkan cinta di tangga teratas buat Allah swt. Ya, cinta Allah lah cinta yang paling ‘High Class’. Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, sesungguhnya tiada yang lebih baik cintanya melainkan cinta dari-Nya. Jika ingin mencintai dan dicintai Allah, kita perlulah senantiasa mengingati-Nya. 

Firman Allah swt yang bermaksud:
”Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar Ra’du : 28)

Apabila hati tenteram mengingati Allah swt, semakin mudah kita menyemai cinta terhadap segala suruhan Allah dan membenci segala larangan Allah swt. Oleh itu, segumpal darah dalam tubuh kita yang dipanggil hati ini perlu dipelihara sebaiknya, kerana di situ lah terbitnya rasa cinta. Semakin sebati Allah di jiwa kita, semakin terurus dan tersuluh matlamat kehidupan kita sebagai hamba Allah. Allahumma solli a’la Saidina Muhammad.

Antara cara-cara untuk mengingati Allah swt adalah seperti berikut:
· Zikrullah (menyebut dan memuji Allah swt)
· Solat (solat wajib dan sunat)
· Istighfar dan meminta keampunan dari Allah swt
· Melakukan amar ma’ruf nahi mungkar
· Menghindari perbuatan ma’siat
· Bersahabat dengan orang-orang yang berilmu dan soleh
· Membaca, mempelajari dan mengamalkan Al-Quran
· Bersyukur dan yakin dengan bantuan Allah
· Merenung tanda-tanda kebesaran Allah
 

             “Selangkah kita menghampiri Allah, seribu langkah Allah akan menghampiri kita.” Bayangkan pula betapa hebatnya cinta Allah buat kita jika kita mempunyai walau sekelumit rasa cinta buat-Nya. Allahuakbar, nescaya kita tidak tertanggung kehebatan cinta Allah.

Doa memohon teman yang dicintai Allah:
“Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMU dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menghantarkanku kepada cinta-Mu. Ya Allah jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.”(Hadith riwayat Tirmidzi)

Kesimpulannya di sini, jika kita letakkan cinta pada ibu bapa, adik-beradik, sahabat-sahabat kerana Allah, cinta tersebut akan membuahkan keberkatan, ketenangan serta kebahagian buat pemilik-pemilik cinta tersebut. Penulis menyeru sahabat-sahabat supaya saling berkasih-sayang sesama manusia semata-mata kerana Allah swt, nescaya kita akan memperolehi kebahagiaan yang abadi dan kemanisan cinta sebenar yang tidak terperi. Allahu’alam  

Quote dari laman facebook hari ini:
"Cinta jika tak disandarkan kpd Ilahi..kemanisan Cinta itu tak sama seperti manisnya Cintakan Tuhan dan mencintai saudara kerana Tuhan. Ibarat madu asli dan madu tiruan..walaupun sama manis, kualitinya tidak akan sama. ♥ Sebarkan cinta lillahita'ala~"

Thursday, 9 August 2012

Lailatul Qadr - Ramadhan 1433

Bismillah.

On 20th Ramadhan..
Finally, we have reached the last ten days of Ramadhan. It's time for us to find the only night of Lailatul Qadr. There are still 7 more juzk for me to finish reading the whole Holy Quran. I wish I could 'Khatam' the Quran in time. And Oh, do Allah accept all my deeds and prayers? O' Allah The Merciful, will you forgive all my previous sins?

Hadith on Lailatul Qadr :
Narrated By Abu Huraira : The Prophet said (sallallaho alaihay wa aalaiyhee wa sallam), “Whoever established prayers on the night of Qadr out of sincere faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven; and whoever fasts in the month of Ramadan out of sincere faith, and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven.” Volume 003, Book 031, Hadith Number 125. Sahih Bukhari.
 

Shawal is getting near..parents and relatives are busy with 'Raya' preparation. However, we should not miss the chance of finding the night of Power which is called the 'Night of Qadr'. Let's do Qiamullail, encourage all your family members and friends.

Hadith on Lailatul Qadr :

‘Aisha (Allah be pleased with her) reported that when the last ten nights began Allah’s Messenger (may peace be upon him) kept awake at night (for prayer and devotion), wakened his family, and prepared himself to observe prayer (with more vigour). Book 006, Hadith Number 2643.Sahih Muslim 

In every month, there're days which Islam do not allow woman to pray and read ayah from the Quran but with certain conditions. We could only meet the chance of finding Lailatul Qadr once a year during Ramadhan. And of course, I don't want to miss the night of Power. So, what I did is; I get up as usual during 'sahur', along with the others. While they are performing the optional prayer such as Tahajud, Taubah, Hajat, Witir, etc., I sat facing to the Qiblat and start to mumble Zikrullah, Selawat, Istighfar and recited Dua'. As simple as that. :) Set your alarm clock, remind your friends to wake you up. Let's do it! We do our best!

Here are the signs of Lailatul Qadr :


1. The sun rises early in the morning without rays.
2. Rain may fall either during the night or during the day of that night.
3. During night the sky will be lightly foggy.
4. The sky will be slightly lighted without reflections and without rays.
5. The angels and Jibraeel a.s., all descend down onto earth . (of course we cant see the angels and Jibraeel a.s., but this is a great blessing that Allah swt revealed in the Quran , that they descend..so think about the night , (i.e. either 21st, 23rd, 25th, 27th, or 29th)that in one of those nights , the angels along with Jibraeel a.s. will descend on earth..and truly that night is “peace” until the rising of the dawn.)

Allah swt forgive our sins and bless us in this month of Ramadhan and choose us to witness the 'Night of Power', the most precious night of Lailatul Qadr..Ameen

Du'a during Lailatul Qadr :
اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ ، تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
 O Allah You are The One Who forgives greatly, and loves to forgive, so forgive me. [at Tirmidhi]


Wallahu'alam
sources: 
http://www.islamicboard.com/fasting-ramadhan-eid-ul-fitr/29160-lailatul-qadr-some-ahadith-related.html
http://justquraan.wordpress.com/2008/09/27/dua-for-lailatul-qadr-the-night-of-power/

Tuesday, 7 August 2012

Cita-cita = Ambition

 

Bismillah..
Duk menyibukkan diri kat laboratory ni,
Tiba-tiba teringat cita-cita sendiri, *fuh..fuh.. tiup2 dah berhabuk dah word 'cikgu' ni*

Saya nak jadi CIKGU!! TEACHER! USTAZAH!

Mohon IPG sebaik tamat SPM= tak berjaya, subjek sains tak ckup syarat
Diploma TESL kat UDM= berjaya, tp kena dgr ckp mak masuk blaja matrik dulu
Mohon pendidikan kat UPSI= MEDSI lepas, kantoi time interbiu
Mohon biasiswa pendidik time kat USM= salah bajet time jawab exam
Habes study USM, KPLI dibekukan= makanya nak mohon pn takda chance
Audit NKRA bhgian pendidikan= learn something on the reality of jadi cekgu, knal rmai PPD seluruh negara but still tak bleh buat ape
Mohon guru ganti kat PPD KL= well, agaknya borang dah recycle kot buat kertas baru

There, you see..it's not easy.
But inshaAllah, kdg2 tu dah hampir tp still jauh lg.. itulah UJIAN.
May Allah show me the way :) Sekarang, just redha.. jadi guru anak-anak sendiri pun ok jugak. As a back up plan, cita-cita lain adalah nak jadi suri rumah yang Solehah, taat Allah & Rasul, taat suami, jadi contoh yang baik buat anak-anak. The least that i can do.. Teringat kata-kata kak pya, nak blaja sampai PHD (higher level) tp nak jadi suri rumah bleh tak?? Anyway, for me..is not a bad thing though, it's rather good for your children's future. [I'm a full time Mother & Wife]. Nice tag line~ ke3 As a bonus, maybe I should considering the idea of having my own business at home, boleh bantu kurangkan beban suami. Tapi business ape yer? Anyway, ianya Sunnah..saya ada seorang sahabat yang berniaga kecil-kecilan dari rumah and her business is quite a success. Apa yang bagusnya perniagaan ini ialah objektif perniagaannya salah satu adalah untuk berdakwah. Beliau menjual tudung labuh dan niqab. :) Nice bukan. Too ambitious am I? But for me, it's not wrong. It rather helps you to be prepared in making the right choices.

Cakap pasal isteri2 ni, saya sebenarnya masih belum berkahwin..tapi, diatas adalah sebahagian planning kehidupan saya. Yang penting sekali, hidup ini biarlah mendapat keberkatan dan Keredhaan Allah swt agar wujudnya Mawaddah, Sakinah wa Rahmah di dalam sebuah keluarga Muslim itu.

Last but not least, selama ni duk 'follow the flow', bila plak lah nak make the plan flows according to the way i want. ke3 Biiznillah. Ikhtiar..ikhtiar sampai habes ikhtiar, inshaAllah you surely get what you want. It's just a matter of time. Bersabar lah wahai diri, kalo tak dapat apa yang kita impikn, surely Allah has prepared for you much..much better plan ahead :) Yakinlah dan bersangka baik terhadapNya. Pesanan buat diri yang lemah lagi kerdil.

Monday, 9 July 2012

Sayu

Menunggu 'Lunch Hour'. Perut yang sedang lapar dibiarkan dahulu bertahan beberapa minit lagi. Sementara itu mendengarkan lagu-lagu nasyid yang dimainkan dari laptopku, lagu-lagu nasyid lama mengembalikan memori-memori dulu kala membuatkan aku merindukan teman-teman dan sahabat-sahabat, memikirkan 'lacking yg terlalu byk dlm diri yang tersangat-sangat kerdil disisi Allah', masa depan aku yang masih menjadi tanda tanya..kabur, bayangan wajah ayah yang makin tua dimamah usia, umur emak yang hampir menjangkau separuh abad, kekusutan fikiran yang masih belum terurai..aku dalam penantian. Hati rasa sayu~

Saturday, 7 July 2012

Al-Mathurat yang kau hadiahkan dulu :)

Alhamdulillah..
Hidayah itu milik Allah, dai'e jangan pernah putus asa..mungkin usaha kita ini tidak nampak hasilnya pada harini mungkin pada masa akan datang. Ya, pada masa akan datang! :) Mesej sebenar dgn sedikit olahan dlm sebuah profil FB.

One day..
B:
>salam a..
>pg ni kn aku rsa hepy sgt bla ptma kalinya aku bca mathurat yg ang bg hadiah kt aku dlu...ingt x ma'thurat comey tu?
>tp kn a...sedihnya bla aku tau yg aku da xpndai ngaji..sbb da lma sgt aku tggl ngaji..
>pdahal dlu msa drjah 6 aku sll tlg mak aku ngajar ngaji bla mak aku xdpt nk ngajar..
>rsa cm jahil sgt2 aku ni...rsa cm nk kna blja balik tajwid yg btol..

A:
>Alhamdulillah..baca slow2.
>Sikit2 lama2 b biase ler balik..inshaAllah..kita seronok tgk b hepi..jga diri ^^,
>Semoga b dpt trus istiqamah jadi insan yg solehah. Hee i will always support you in bcoming solehah.

Another day..
B:
>insyaAllah...pg td tgerak ati bgn cri ma'thurat ko bg tu..
>slow2 la aku bca..nk mnangis aku bla rsa sshnya aku nk bca...tegagap2..dlu lancar je..
>btol la Allah ada kta shari kta tggl al-quran,7hari al-quran akn tggl kta kt blakang...
>bru aku rsa skng..xpe la aku slow2 cuba balik..

A:
>Allah..baguslah b hehe doakn aq istiqamah jugak k.
>mula2 dlu aq pn sama..ke3 dah lama2 terbiasa lah mcm hafal..
>hehe..anyway, it's a gud effort b..keep it up.
>Allah loves you, in every steps u take to get near Him, He will get near you a hundred times closer
>do take care dear~


Mesti rasa bahagia bila seseorang yg kita pernah cuba bantu dirinya mendekati Allah, telah sedikit demi sedikit melakukan penghijrahan ke arah yg lebih baik. Semua dengan izinNya.
InshaAllah, perlu konsisten dan banyakkan bersabar.
Sedikit pesanan, jagalah keterikatan hati kita dengan teman2 dan elakkan diskriminasi terhadap sesetengah pihak. "Sayangi diri saudara2 Islam kamu sebagaimana kamu menyayangi dirimu sendiri." Allah Ya Rahman ya Rahim, limpahkan kami dengan sifat kasih sayang <3~

Wacana Ilmiah dengan Ustaz Don Daniyal

Assalamualaikum wbt..(copy paste dari status di FB sy)
Sedikit "ole-ole" untuk sahabat2 yg dikasihi Allah swt dari Wacana Ilmiah oleh Ustaz Don Daniyal yg saya hadiri di Uitm Puncak Alam pada 5 Julai 2012 (Nisfu Sya'aban).

Ternyata melihat figuranya di tv dan depan mata beliau tetap sama, Ustaz Don seorang yang rendah diri, tinggi ilmunya :) Semoga Allah jadikan beliau senantiasa istiqamah.

Sedikit point berkisarkan tentang Bulan Ramadhan oleh ust,

-Bulan Ramadhan tahan diri dari banyak bercakap.

-Elakkan post perkara-perkara yg boleh menimbulkan gossip di Facebook.

-Kisah Siti Maryam melahirkan Isa as tanpa bapa, lalu beliau berpuasa dengan tidak bercakap dan apabila ditanya Maryam hanya menunjukkan kepada bayinya Isa as..Isa as ditakdirkn Allah mampu berkata-kata dan mempertahankan ibunya.

-Lagi kisah Nabi Zakaria yg sudah uzur serta isterinya yg mandul dikurniakn cahaya mata oleh Allah, Zakaria yg pada mulanya merasakn dirinya dan isterinya tidak mungkin memperoleh anak tetapi dengan takdir Allah mereka dikurniakn anak dengan tanda Zakaria berpuasa selama 3 hari.

-Jangan berpuasa jika berniat untuk 'diet', kerana anda akan semakin gemuk. ;)
Tetapi berniatlah supaya ibadah puasa kita mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah.

- Makruh cium dahi isteri.

- Dibolehkan berniat puasa sebulan Ramadhan, tetapi tetap kena niat puasa setiap hari. Niat sebulan ini hanya valid apabila seseorang itu betul-betul terlupa untuk berniat pada malam sebelumnya.

- Jika tidak sempat mandi wajib akibat berjimak@mimpi setelah masuk waktu subuh, puasanya masih boleh diteruskan seperti biasa kerana hal yg menyebabkan mandi wajib berlaku pada waktu malam harinya.
- Time puasa, elakkan mandi kolam kerana ditakuti kalau terbuang angin *kentut-bhs kurang sopan* air akan memasuki lubang dubur dimana keluarnya angin tadi. Boleh batal puasa.

*point-point diatas terdapat bahan2 rujukannya yg Ustaz sebutkan sekali, tak sempat pula nak salin tadi. Maafkan saya atas kekurangan tsbt, moga bermanfaat :) Wallahu'alam

SPECIAL :)

Peristiwa di KTM Shah Alam, lama dah saja nak kongsi..
Dalam perjalanan ke suatu tempat di KL.
Aku tiba di KTM hampir2 waktu maghrib, kebetulan berpuasa haritu.
Berbuka dgn air soya n pisang goreng yg di beli kat gerai berhampiran stesen.
Lepas beli tiket, duk decide nak solat dlm perjalanan or solat siap2 baru gerak.
Mengejar masa, aku pun decide p solat dlu kat surau dlm stesen KTM tu.
Terjumpa sorang macik tgh tunggu turn masuk surau, surau kongsi dgn lelaki..huhu
Then, aku pun berbasa-basi *biasa org pompang mmg gini* macik tnya "sekolah mana dik", erk..aku jawab "ar tak macik, sy skang blajar kat uitm", "ouh, macik ingat budak sekolah agama mana tadi", ke3 "umo brape?", "umo 23", Macik pelik sebab jarang jupa budak UiTM pakai tudung labuh. huhu Aku kata "mmg selalu dgr mcm tu, tp skrang dah ramai".."kami yg pkai tudung labuh ni tak ramai macik, KAMI SPECIAL" ke3 "Baguslah.." Macik senyum ja :) hati senang~ Alhamdulillah, dah ramai orang boleh menerima golongan yg bertudung labuh, bjubah etc.. oh yer, macik ni dulu student UiTM jugak, ambik masscom tuh.. ke3
 

Tuesday, 17 April 2012

Dari Allah kita datang kepada Allah kita dikembalikan..

Dari Allah kita datang kepada Allah kita dikembalikan..

16 April 2012, kira-kira pukul 7.00 malam Mak Itam menghembuskan nafasnya yang terakhir ke dunia ini.
Innalillahiwainnailaihirajiun...pemergiannya terlalu mudah, pada mulanya hanya mengalami demam biasa dan ditahan wad selama 3 hari. Bila pemeriksaan lanjut dilakukan, rupanya darah dalam tubuh Mak Itam telah dijangkiti kuman seperti yang terekod di dalam surat daftar kematian Mak Itam. 'Sebab kematian: Gram-negative Septicaemic Shock Secondary to VTI' Seorang lagi mangsa jangkitan kuman dalam salur darah. Sebagai seorang mikrobiologis sudah tentu aku agak 'alert' sedikit bila mendengarkan penyakit yang disebabkan oleh kuman. Meskipun kecil saiz bakteria namun ia sebenarnya mampu mengancam nyawa seseorang. 3 bulan lepas juga, seorang abang saudaraku di tahan wad kerana perkara yang sama dan ianya hampir meragut nyawanya namun Allah Maha Pengasih lagi Penyayang mengizinkn beliau untuk terus hidup. Memang benar segala ketentuan Allah itu pasti ada hikmah, kejadian yang menimpa abg saudaraku telah berjaya mengubah isterinya. Alhamdulillah, kini isteri beliau sudah menghijrahkan dirinya, dari tidak bertudung kini bertudung dan banyak lagi perubahan yang baik. Suatu ibrah yang wajar diambil iktibar.

Kisah hari kejadian,
Sedang aku menunggu bas pulang ke rumah sewa, aku menerima sms dari mak "Ika..Mat itam tgh nazak, now on d way ke hospital." Reply aku, "Mak nak ika balik ke?" Mak balas smsku "Tunggu dulu, jalan ke hospital tgh sesak ni" Aku menunggu lagi reply dari mak sehingga tiba di rumah sewa. Aku terima sms lg dari mak "Mak Itam dah tak ada.." Aku terkedu..replyku "Innalillahiwainnailaihirajiun"

Dalam keadaan terkejut, aku mengambil sedikit masa untuk akhirnya decide untuk call mak..bagaimana dengan aku, adakah patut balik atau tidak? Biasanya mak yang menghantar dan mengambilku pulang ke rumah. Ayah pula kebetulan berada di Makkah ketika ini. Dan aku, tiada kenderaan untuk pulang. Aku kongsikan dengan housemateku, Alhamdulillah mujur beliau memahami. Untung bersahabat kerana Allah, cubit peha kanan peha kiri juga turut merasa sakit..Allah denagn bantuan sahabat, aku berjaya meminjam sebuah kereta dan seorang sahabatku sudi menjadi driver. Kami bertolak kira-kira jam 9 malam, perjalanan pula mengambil masa satu jam. Perjalanan malam itu agak mencabar dengan hujan yang turun denagn agak lebat. Alhamdulillah, kami tiba dengan selamat. Sempat juga mereka masuk ke rumah arwah dan  menyedekahkan sedikit doa. Moga Allah membalas jasa baik mereka.

Yassin kedengaran sayu di baca oleh ahli keluarga..
Mata kemerah-merahan, sedu sedan menjadi latar melodi malam itu. Sekali sekala, kain yang menutupi wajah arwah diselak dan wajahnya diamati dalam-dalam. Kaki arwah aku sentuh dan aku rasa kakinya yang kaku. Subhannallah, kuasa Allah..dia yang menghidupkan dan mematikan. Dalam sekelip mata diri boleh berubah kaku begitu. Malam itu lebih kurang jam 1 pagi, aku dan mak balik ke rumah. Aku teman mak tidur di biliknya. Wajah mak kelihatan sugul. Kasihan mak, pasti beliau sedih kerana Mak Itam itu kakaknya.

Seusai solat Subuh kami pun bergerak ke rumah arwah. Kelihatan anak-anak arwah sedang membacakan Yassin disisi jenazah setibanya kami di sana. Hari mulai cerah, sahabat handai dan ahli keluarga semakin ramai yang hadir. Arwah dimandikan di sebuah surau oleh anak-anak dan kaum keluarga terdekat. Kemudian dikafankan dan disembahyangkan. Proses mengurus jenazah ini membuatkan aku teringat satu pengisian dari ust. Don berkenaan mengurus jenazah ibu bapa kita. Memang realiti, orang bertugas mengurus jenazah ini "practice make perfect" bak kata ust Don...laju ja buat kerja tapi hati anak mana tak terusik bila tubuh badan ibunya diuruskan dengan agak kasar begitu...

Ahli keluarga inginkan arwah disemadikan berhampiran kubur anaknya, tetapi tiada telah siap sedia digali. Pihak petugas menggali kubur enggan pula menggali kawasan berhampiran. Lalu, anak lelaki arwah yang bongsu menggali sendiri liang lahad buat ibunya. Mujur teman-temannya ada meringankan beban kerjanya. Oleh kerana terpaksa menggali sendiri, masa untuk membawa jenazah ke kuburan tertangguh seketika. Hebatnya kasih-sayang seorang anak buat si ibu yang kini kaku. Baju beliau dipenuhi lumpur dan tanah, terharu aku melihatnya.

Talkin dibaca, hadirin rata-rata kelihatan kusyuk mendengar.
Pengebumian selesai pada jam 1.00 tengah hari.
Perlu bersedia menghadapi mati. Bersediakah kita??